Tuesday 20 December 2011

Petua Merawat SENGGUGUT.

Assalamualaikum...


Kali ney aqu nak share cara untuk hilangkan senggugut. Aqu share ney pon sebab aqu selalo kene senggugut. Sakit yang amat sangat, xtahu nak citer camne sakit tu. Hanya ALLAH je yang tahu betapa sakit yang aqu tanggung masa tu. Huh!  




Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil senggenggam halia, tumbuk sehingga lumat dan masukkan kedalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


Ukey, cukoplah 3 petua tapi bagi aqu kalau tak ok jugak baik pergi jumpe doktor. Tu petua terakhir sekali. Hehehe

Setakat cney je k...
Tata.Titi.Tutu :)


4 comments: